Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri Sam kembali ke tanah
air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari
seorang Guru agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.
Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.
“Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?” Pemuda bertanya. “Saya hamba Allah dan dengan
izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru Agama.
“Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu
menjawab pertanyaan saya.” Jawab Guru Agama “Saya akan mencuba sejauh
kemampuan saya”
Pemuda : “Saya punya 3 pertanyaan;
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dimaksudkan dengan takdir?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang
dibuat dari api?, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka
memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh
itu?”
Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda
dengan kuat. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa anda marah
kepada saya?” Jawab Guru Agama “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah
jawapan saya kepada 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.
“Saya sungguh-sungguh tidak faham”, kata pemuda itu. Guru Agama
bertanya “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Tentu saja saya merasakan
sakit”, jawab beliau. Guru Agama bertanya ” Jadi anda percaya bahawa
sakit itu ada?”. Pemuda itu mengangguk tanda percaya. Guru Agama
bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!” “ Tak boleh”, jawap
pemuda. “Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama.
Guru Agama bertanya lagi, “Apakah tadi malam anda bermimpi akan
ditampar oleh saya?”. “Tidak” jawab pemuda. “Apakah pernah terfikir oleh
anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?” “Tidak” jawab
pemuda. “Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama.
Guru
Agama bertanya lagi, “Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk
menampar anda?”. “kulit”. Jawab pemuda. “Pipi anda diperbuat dari apa?” “
Kulit “ Jawab pemuda. “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Sakit.”
Jawab pemuda. “Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari
api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan
untuk syaitan.” Terang Guru Agama.
Subhanallah
Posted in:
0 komentar:
Posting Komentar